Wednesday, July 11, 2012

Jalan jalan KB Mall dan Kubang Kerian

Assalamualaikum. 

Nak dijadikan cerita, hari ni buat pertama kalinya aku drive ke Kota Bharu, Kelantan demi memenuhi hajat seorang teman yg ingin shopping katanya. Maklumlah, teman aku tu baru dapat gaji. Ehem. Kawan yg mula dikenali ketika menjalani PLKN di Kem Latihan Cheneh Cemerlang, Kemaman. Ok dia dah berhenti kerja and aku pulak baru nk start kerja Isnin depan. Kerja nak meringankan beban akak sulung aku yg dah nk beranak, insyaAllah tak lama lagi. Nnt aku nak beranak dia boleh tolong aku plk kan. Ha boleh pulak. Lambat lagi oi 

First activity.bowling.agak lame xpegang bola tu.almaklumlah saya ni kecik orang nye.semangat sgt berboling skali dgn aku pun boleh terlambung sama dgn bola tu.haha.dan aku kalah.boling padang guna buah kelapa tu boleh lah saya juara tuan puan skalian.huahua. Then jenjalan cuci mate bla bla pergi rumah kwn aku kt kubang kerian.oh terserempak pulak dgn abg romeo sedang memandu van.nasib kereta yg dipandu saya tidak terjunam kedalam semak.(ciss ni ayt penulisan darjah 5) hensem doe abg tu biar bawak van je pung.haha.harap2 jumpe lagi ye cik romeo.

Oh hai! So, this is the real me. Ayat yg bermula dgn perkataan FIRST tu adalah hasil taipan oleh kawan aku. Memandangkan aku xde idea nk tulis ape, aku mintak dia tolong taipkan. Maka dia pun buatlah dgn sukarela paksarela. Kesian kena paksa. Patut la ayat mcm entah pape. Opss. Haha. Dah tu baru buat dua perenggan yg mengandungi beberapa ayat, dah merungut. Tapi untuk makluman, semua yg ditulis beliau adalah perkara yg benar terjadi belaka. Dia tak tipu tau. Haha ape ni aku pun dah pening entry ni pasal ape sebenarnya. Setiap aktiviti berfaedah bersama kawan haruslah ada gambar kan? Lagi lagi bila dah bersama dgn kawan yg sekepala suka amek gambar. Pape pun, dia kawan baik saya tau. Cuma, dia sedikit gila. Heehee


Main boling bersama. Ya, saya tahu saya hebat bermain boling. Jadi semua diam! Lol


My shayang, my busyuk, my bestfriend. 

Kepada sahabat baik saya Athirah Nabila, terima kasih bnyk sbb sanggup bersusah payah naik bas dari Kuala Terengganu sampai ke Besut. 2 jam je okay, tak lama. Lepas tu bermalam di rumah saya, berMJ bersama, membaham durian bersama, bergambar bersama, bergayut dgn pakwe awk pun bersama. Awak mmg best lah! Hehe. Terima kasih jgk sbb tlg drive waktu balik. Sungguh fair and square kan kita? Sayang awak! ;) 

Awak, bila nama/gambar awak ada dekat entry kita itu bermakna awak special dalam hidup kita. (Ewww, nk termuntah!) Sila muntah sekarang wahai Trah! Harhar! Tobat lepas ni takmo buat entry camni dah :P

Last but not least, aku cuma nk ckp yg sedar diri rupenye minah ni yg ayat dia serupa ayat budak darjah 5. Haha. Till then, bye! -060712-

lots love,
Adibah

Wednesday, July 4, 2012

Blogger cik HoneyKoyuki! [GAMBAR]


Haa sila silalah jenguk ke link blogspot kat atas tu. Bagi warga blogger mungkin dah familiar sgt kot siapa dia tu. Kalau tak kenal, sila tinggalkan dunia blogging anda sekarang! Amboih komain aku ni. Haha. Okay memperkenalkan kak honeykoyuki kita ni atau nama sebenar beliau Fatin Liyana Asri. Perasan tak dekat entry yg sebelum ni pn aku dah ade tempek satu gambar dgn kak Fatin ni tapi kali ni mcm rajin pulak nk buat entry khas untuk kak Fatin.. Tetibe kan. Mmg tak sgka boleh jumpa kak FL ni sbb mmg tak pernah terfikir nk jumpa pun lah! Hari tu rajin pulak kan aku g bukak event invitation wedding irine dkat FB then laju je mata aku ni nmpk "Fatin Liyana Asri is going". What? Dgn pantasnye juga aku g like. Perasaan dah berkobar kobar harap sgt dapat jumpa. Kihkih dah start gelojoh. Tanggal 30hb tu lepas zohor terus ke majlis tersebut. Sampai je dah nmpk sorang blogger, then sorang lagi blogger yg lain. Then kak Fatin ni lah antara blogger yg paling last aku jumpa. Dia datang sedikit lambat, nasib aku tak balik lagi kan waktu tu. Hihi . Nmpk je kak Fatin terus mulut aku ni otometiknye "Haiii kak Fatin...!" sambil lambai lambai tangan. Then tk sgka kak Fatin ni dgn lajunya say haii jugak kat aku sambil lambai lambai tangan. Lepas tu aku pun g la bersalaman jumpa borak borak sikit dgn dia. Dia tny nama aku dari mana semua dah mengalahkan wartawan dah aku rasa. Oh ya, menyerlah bracesnya kaler pink. Lepas tu aku sempat lagi, eh dokter sihat? haha tny balik soalan. Then bla bla tgkap gmbar lepas tu aku ckp terima kasih lepas tu blah tgk pengantin balik. Hehehe. Nice to meet you, kak Fatin Liyana yg comel! Dah la comel, peramah mesra pulak tu. I yg segan ni jadi tak segan tau. Aww



Okay, aku lah ni yg ajak kak Fatin bergambar dgn cupcake ni. Dia ikut je. Hehehe. Comel sungguh :)

Lepas tu kan, hari tu aku nk add lah kak Fatin ni dekat FB tapi tak boleh. Biasalah bila dah famous kan, ramai sgt yg add, ataupun dia add orang yg dikenalinya sahaja. Aku pn buat muka tak malu inbox dia suruh add dan nak tau ape respond dia? 


Ok, adik comel katanya. Sila jelly~ Wahaha


Tadaaa! Dia add weh. Siapalah sgt aku ni kan. Terharu :')

Apa yg aku nk cakap sebenarnya kan, aku suka berkawan dgn blogger ni. Diorang lagi tua dari aku, dah matang kan, cara layanan pun dah lain. Bukan mcm budak hingusan dekat twitter tu, ramai followers sikit dah berlagak. Twitfemes lah TeamComel lah ape lah. Lepas tu perlu ke nk RT semua tweet yg duk puji kata dia cantik? Kan dah buat aku pikir lain. Nauzubillah -.- Baru aku perasan yg aku ramai berkawan dgn orang yg berusia 20an dekat alam maya ni. Hehehe nanti nk cari suami yg lagi tua juga lah. Matang sikit. Eh? Ok bye.

love,
Adibah

Monday, July 2, 2012

Selamat Pengantin Baru, Irine Nadia Marcello!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pagi ni jam 5.30 a.m. waktu Malaysia, saya telah selamat sampai ke Besut tercinta setelah beberapa hari menjejakkan kaki ke bandaraya bersejarah iaitu Melaka. Buat apa di Melaka? Ce tgk tajuk entry ni. Haa skang mst dah boleh agak kan? Okay sebenarnya saya tak tau nk mula mcm mane, nk tulis ape, dan seterusnya mcm mane ayat nk kena guna, nk letak gmbar terus ataupun tak dan mcm2 lagi lah. Sbb excited nk update blog punya pasal kan fikiran dah tak menentu dah. Eh yeke excited. Pape pun, layankan je  entry bnyk gmbar ni.

Lokasi: Taman Maju Jaya, Masjid Tanah, Melaka
Tarikh: 30 Jun 2012 (Sabtu)


Ramainya photographer kan? kan? Saya pun join dorang jugak. Tu haaa yg sedang berhimpit dgn kak Yuyu. Gambar ni credits to Sis Atiqah (tak tahu siapa cume ikut apa yg irine mention dekat fanpage dia)

Now, boleh la nk sambung cerita yg entah di mana permulaannya pun sudah tidak dapat dikesan lagi. Takpe lah tak penting pun, just baca je. Dekat facebook ramai yg bertanyakan mcm mane saya boleh pergi wedding Irine Nadia ni. Nak tahu ke sbbnye? Yelah, saya tahu saya bukanlah dlm kalangan mereka yg terkenal, blogger yg dikenali dan diminati ramai, saya hanya seorang insan biasa yg tiada siapa mengenali pun. Sbb tu lah semua tertanya tanya dan mula kehairanan mcm mana org seperti saya yg biasa biasa ni boleh mencemar duli di majlis resepsi seorang blogger terkenal? K ayat dah over gila. Stop. Sebenarnya kan, untuk makluman semua, saya dah mengenali Irine Nadia ni dah bertahun lamanya. Antara kawan alam maya yg paling lama bertahan iaitu sudah hampir 5 tahun dan berharap supaya ianya akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Fuyo 5 tahun? Yes! Saya mula mengenalinya di laman sosial yg pernah glemer suatu masa dahulu iaitu Friendster. Ha masihkan anda ingt Friendster? Haha jgn jadi kacang lupakan kulit ye mentanglah lepas tu Facebook yg naik. Kalau takde Friendster, kita tak kenalnya benda alah camni. Masa zaman friendster beliau baru shja berusia 15 tahun dan saya 14 tahun. Comel kan, muda muda lagi dah kenal laman sosial. Then, kalau tk silap masa Form 4 yakni ketika berusia 16 tahun, barulah beliau mula menceburkan diri dalam dunia blog. Hee panjang lebar pula. 


Ni kad jemputan hari tu. Selamat sampai di rumah dari Melaka ke Besut, Terengganu. Thanks fr the invitation!

dan seterusnya...


Theme ala ala garden gitu kan, sweet je. hihi


Okay, inilah dia Puan Irine Nadia bersama suaminya yg tecinta, Mohd Amirul (Vel Oliver) ketika upacara memotong kek. Comel sgt pasangan pengantin ni kan. Combination warna pun soft je. Soft blue and pink. Very pretty lahh! Jatuh cinta dgn diorang. Eh bukan, jatuh cinta dgn warna yg diorang pilih ni. Hehehe


Waktu ni pasangan pengantin duet lagu ape tah lupe. Irine feel gila tuuu. Hehe


Yeah my fav photo ever! Kawan since 2007. 
From left: Andy, Ina, k.Asma (kwn kolej ina je), ME & Farin. Irine pn termasuk juga tau :)

Gambar gambar kat bawah ni adalah mereka mereka yg sempat saya jumpa tergolong dari blogger dan rakan facebook. 


Memperkenalkan blogger famous amos kita dari kiri, kak Fatin Liyana & kak Yuyu Zulaikha yg sangatlah friendly, baik dan comel :)


Tak lupa juga pemilik blog Nisakay.com, kak Nisa yg sgt ohsem dgn dress rekaan oleh pereka .. eh lupa namalah! haha. bersama kawannya akak Pen Merah


Mesti ramai yg mengenali perempuan yg berbaju biru tu kan? Siapa lagi kalau bukan kak DenaBahrin yg sgt lemah lembut orangnya. Dan yg berbaju merah tu adalah kak Mirauttika yg sntiasa cun melecun :)


Kenalan di muka buku. Kak Awin yg superb tinggi (eh padahal i yg pendeks) dan adik Syafiqah Latif yg sungguh manis senyumannya with le braces :)

dan akhir sekali. my picture with le bride!



Done! So pretty lah Irine Nadia ni, sesuai sgt dgn hubby dia. All da best for both of you. 

"SELAMAT PENGANTIN BARU IRINE NADIA DAN AMIRUL. MOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT".

Tahniah! Moga cepat cepat timang anak. #eh? 


Eh eh ade lagi sekeping gmbar. Credits to Nisakay.com fr this lovely picture. Me like it so much! 

Till then, wassalam. 

love,
Adibah

Thursday, June 28, 2012

Aku sayang Allah, Aku rindu Allah, Aku cinta Allah

Bismillahirrahmanirrahim. 

Ayuh kita renung hadis ini sedalam-dalamnya. Peringatan juga buat diriku yg sering lalai. Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Barang siapa tidak suka bertemu Allah, maka Allah pun tidak suka bertemu dengannya." 
(HR Bukhari dan Muslim)

Jika ditanya kpd kita, mulut menjawab "Ya, saya suka bertemu Allah". Tetapi dgn AMALAN kitalah yang membenarkan PENGAKUAN kita. Sesungguhnya, tanpa amalan, pengakuan itu hanyalah sia-sia. Wallahualam.

Di sini saya cuma ingin nyatakan betapa Allah cintakan kita. Tapi kita? Sering kali lalai dan jauh dari Allah. Saya tak kisah kalau awk taknak jumpa saya, awak yg cantik lagi handsome lepas tu fofular pulak tu followers dekat Twitter beribu riban ramainya. Ya, saya tahu saya tak fofular mcm awak semua kan. Orang fofular nk berkawan dgn orang yg setaraf fofular je. Betul kan. Saya tak kisah. Sungguh. Yang saya sgt kisah ialah kalau Allah tak suka saya. Bukan tu je, tapi Allah juga taknak bertemu dgn saya? Doa pulak asyik tak dimakbulkan je. Lepas tu pulak saya dah buat Allah murka. Kenapa? Dgn perbuatan saya sendiri. Ya, saya juga manusia biasa. Astaghfirullah. Setiap satu yg tercatat dalam blog ni, Allah tahu, yg saya tak catat pun Allah lebih lebih lagi tahu. Dia Maha Mengetahui kan? 

Aku sayang Allah, Aku rindu Allah, Aku cinta Allah. Boleh buktikan? Tuju kepada diri sendiri. Mulut pandai menyebut, tangan pula bijak menekan papan kekunci maka terhasil lah ayat itu. Maka, tepuk dada, tanya iman. 

Yang saya tahu, Allah sayang saya. Saya dapat rasakan itu. Oh bagaimana? Teruskan membaca ayat seterusnya ini. Saya jahat saya kejam. Saya sentiasa setkan jam loceng dalam henfon Samsung saya pukul 6.30 pagi. Nampak tak? Saya suka bangun lambat utk subuh. Pastu pernah saya setkan jam utk bangun sahur jam 5 pagi. Saya tak tahu apa masalah dgn jam loceng Samsung saya tu, adakah kerana volume nya? Jarang saya tersedar. Lepas tu mula lah saya marah dan salahkan jam loceng tersebut. Saya lmbt subuh sbb tk dgr bunyi jam, saya tak puasa ganti sbb saya tak bangun sahur. Semua salahkan jam loceng! Adilkah? Ia hanyalah sebuah alat elektronik yg tidak tahu apa apa. Hanya seperti robot yg hanya melakukan kerja apabila disuruh ataupun telah ditetapkan. Saya pernah sekali terbabas subuh bangun hampir jam 8 pagi. Langsung tidak sedar waktu subuh dan memang saya langsung tidak sedar. Sungguh! Perasaan mase tu hanya Allah yg tahu. Lutut saya terketar ketar. Takutnya saya sbb solat adalah benda yg utama yg akan dihisab di sana nanti. Umi saya pun dah tgk saya lain macam, Allah apatah lagi?

Selepas peristiwa itu, saya tanam dalam diri saya taknak bergantung pada jam loceng lagi or sesiapa utk kejutkan. Sehinggalah suatu malam sebelum tidur, saya berdoa memohon Allah agar mengejutkan saya keesokan hari. Dan alhamdulillah, Dia kirimkan malaikat utk kejutkan saya. Awal. Walaupun belum jam 6.30 pagi, saya bingkas bangun. Saya tidak akn menunggu jam 6.30 pagi lagi utk menunaikan subuh melainkan hanya memberi peluang kepada saya utk terbabas subuh lagi. Saya serik. Sungguh. Dan bukan cuma itu, Allah sayangkan saya apabila hanya kerana satu doa saya yang saya pinta dalam keadaan berbaring sambil memeluk bantal tweety di suatu malam itu, ia berterusan hingga ke hari ini. Alhamdulillah, saya boleh sedar sebelum bilal di surau laungkan azan subuh lagi. Saya tidak lagi menjadikan jam 6.30 pagi utk saya baru bangun. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah! Bersyukur sgt sgt dan berharap ianya akan berlanjutan hingga ke akhir hayat. Perasaan apabila Allah makbulkan doa kita tu hanya Dia yang tahu. Subhanallah! 

Yg pasal terbabas subuh dan boleh bangkit awal subuh tu ada sebab lain juga sebenarnya. Nanti jikalau masih berpeluang, saya akan kongsikan.

Sebelum tu, jum pakat dengar lagu ni. Best! --> http://www.youtube.com/watch?v=4xjwyobfeGs

Perasaan utk mendekati Allah itu, moga terus memberi sinar buatku. Duhai hati, berubahlah walaupun sedikit. Kerana sedikit-sedikit lama lama boleh jadi banyak. InsyaAllah :D



love,
Adibah

Monday, June 25, 2012

4 hari lagi

Kenapa dgn 4 hari lagi? Apakah yg akan berlaku? Peristiwa apakah? Jum sama sama kita nantikan! 


"Pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam sudah pasti diredhai Allah S.W.T. Subhanallah..." -UstazDonDaniyal

love,
Adibah

Dibah Lori

Pernah tak terpikir yg nama korang boleh jadi tajuk cerita dekat tv? Seriously kalau nama Dibah ni susah gila sbb kebiasaannya nama Diba lebih dikomersialkan. Diba. Bunyi pun dah mcm lain kan jika nk dibandingkan dgn Dibah. Auch kampungnye Dibah! Tapi agak mengejutkan bila Sabtu lepas (23June), Cerekarama TV3 buat tajuk cerita dia 'Dibah Lori'. Oh sungguh terasa femes walaupun bukan saya pelakonnya. Nama terpampang dlm tv. Teruja juga lebih lebih lagi bila pelakonnya adalah Neelofa yg skang tgh hot isunya dgn Anzalna. Dia dah mmg hot pun lelaki ramai suka. Kan. K, abaikan pasal kontroversi yg mereka cetuskan, point yg nk ditulis disini ialah nama saya. DIBAH LORI. Tapi pelik, mcm la takde name lain mcm name Jenab ke, Jemah ke, Jijah ke, ok saya ni dah kenapa name nk mula huruf J je? Lepas ni tidak mustahil keluar cerita yg tajuknya JENAB BECA. Tunggu saya jadi pengarah yg berwibawa dahulu. 

Nak tgk promo tekan je link sebelah ni, http://www.youtube.com/watch?v=FCtJYL1Xc3U

Excited punya pasal saya rasa sayalah orang yg terkecoh di muka buku mahupun di laman burung bercicit pasal dibah lori ni. Oh sebelum tu yg membuatkan saya lagi excited ialah apabila teringat akan kenangan saya sewaktu di USIM, yg saya memperasankan diri dgn membuat nama Neelofa atas nama saya dekat polisterin makanan, seperti yg tertera di gambar bawah.


Jadi apabila Dibah Lori tersiar, saya jadi mcm eh eh tau tau je yg saya pernah perasan diri sbg Neelofa. Tapi kali ni terbalik apabila Neelofa yg jadi Dibah. Mungkin kami ada jodoh? K lempang diri sendiri. Sila kembali ke dunia nyata. 


Selepas itu, ayuh kita saksikan kekecohan yg melanda di dunia maya saya.


Di Facebook.

Dan juga di Twitter,


Ohmyyy terpegun tengok nama sendiri jadi trending. Ok lempang diri sndiri lagi

Overall, cerita ni biasa biasa je takdelah best mano pun. Sbb ada nama sendiri je yg jadi over excited gitu. Ish, dunia sungguh. Insaf insaf =.= '

P/s: Mmg nickname saya Dibah, part LORI tu tiada kena mengena dgn hidup saya langsung. Dan, saya bukan peminat Neelofa.

Kepada yg menonton, teima kasih! #eh
love,
Adibah

Saturday, June 23, 2012

Zaman kecilku zaman kerinduanku

Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur oleh Allah S.W.T. Zaman kanak kanak adalah zaman yg paling best kan? Malam tadi aku belek balik album dulu2, pastu terjumpalah gambarku sewaktu masih kecil. Hehe. Terserlah kelakian padahal aku adalah seorang budak perempuan. Mane pegi sume baju gaun skirt yg comel comel? Yang aku pakai sume penampilan dan gaya lelaki. Perasan tak perasan tak? Sila perasan. Takpe, yg penting sekarang aku adalah perempuan melayu terakhir. Gittewww. Haha. Meh berkenalan dgn aku yang sewaktu kecil dgn lebih dekat. 

 Waktu baru nk merangkak & gmbar belah kanan tu semangat pegang berus gigi

Bersama kakak adik dan abg(jenguk dari belakang) *nak buat peace pakai 3 jari ye adik adik*

Rambut aku mcm tu jelah. Mane ade tocang lagi, nk ikat dua mcm ekor kuda tu jauh sekali. Rambut pendek je ala ala boyish gitu. Asalnya rambut aku berkerinting sbb tu mak aku potong then dah tiba tiba jadi straight pulak. (Tgk gmbar atas yg belah kanan terserlah kekerintingan rambutku). Hehe, lepas tu terjadilah rambut straight tapi pendek. Yeah, aku rasa akulah budak perempuan yg paling macho di abad itu. Cair aku nengok kemachoan aku dahulu kala. Lol


Hai. Inilah saya sewaktu kecil. Sewaktu saya menetap di Dungun, Terengganu. Sewaktu berusia kurang dari 4 Tahun ^.^ Saya mmg comel pun dan saya tau tu. Eh bukan comel, tapi kacak. ahaks

love,
Adibah

Friday, June 22, 2012

Kecantikanmu dan Auratmu, duhai wanita

Kecantikan bukan untuk dikagumi, ia hanya untuk seorang yg telah halal baginya
Ia indah kerana tertutup
Ia indah kerana terjaga
Ia indah kerana tak tersingkap
Akan tetap menjadi rahsia langit
Itulah percikan syurga
Cara terindah untuk menikmatinya adalah dgn menikah.

Wahai wanita, bantu kami dgn menutup auratmu. Sesempurna mungkin
Atas Nama Cinta untuk keberkatan di masa depanmu
Kerana engkau memenangkan Allah diatas keinginan hatimu.

"Kelemahan wanita terletak pada auratnya, kelemahan lelaki terletak pada syahwatnya". Indeed

love,
Adibah