Bismillahirrahmanirrahim.
Ayuh kita renung hadis ini sedalam-dalamnya. Peringatan juga buat diriku yg sering lalai. Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Barang siapa tidak suka bertemu Allah, maka Allah pun tidak suka bertemu dengannya."
(HR Bukhari dan Muslim)
(HR Bukhari dan Muslim)
Jika ditanya kpd kita, mulut menjawab "Ya, saya suka bertemu Allah". Tetapi dgn AMALAN kitalah yang membenarkan PENGAKUAN kita. Sesungguhnya, tanpa amalan, pengakuan itu hanyalah sia-sia. Wallahualam.
Di sini saya cuma ingin nyatakan betapa Allah cintakan kita. Tapi kita? Sering kali lalai dan jauh dari Allah. Saya tak kisah kalau awk taknak jumpa saya, awak yg cantik lagi handsome lepas tu fofular pulak tu followers dekat Twitter beribu riban ramainya. Ya, saya tahu saya tak fofular mcm awak semua kan. Orang fofular nk berkawan dgn orang yg setaraf fofular je. Betul kan. Saya tak kisah. Sungguh. Yang saya sgt kisah ialah kalau Allah tak suka saya. Bukan tu je, tapi Allah juga taknak bertemu dgn saya? Doa pulak asyik tak dimakbulkan je. Lepas tu pulak saya dah buat Allah murka. Kenapa? Dgn perbuatan saya sendiri. Ya, saya juga manusia biasa. Astaghfirullah. Setiap satu yg tercatat dalam blog ni, Allah tahu, yg saya tak catat pun Allah lebih lebih lagi tahu. Dia Maha Mengetahui kan?
Aku sayang Allah, Aku rindu Allah, Aku cinta Allah. Boleh buktikan? Tuju kepada diri sendiri. Mulut pandai menyebut, tangan pula bijak menekan papan kekunci maka terhasil lah ayat itu. Maka, tepuk dada, tanya iman.
Yang saya tahu, Allah sayang saya. Saya dapat rasakan itu. Oh bagaimana? Teruskan membaca ayat seterusnya ini. Saya jahat saya kejam. Saya sentiasa setkan jam loceng dalam henfon Samsung saya pukul 6.30 pagi. Nampak tak? Saya suka bangun lambat utk subuh. Pastu pernah saya setkan jam utk bangun sahur jam 5 pagi. Saya tak tahu apa masalah dgn jam loceng Samsung saya tu, adakah kerana volume nya? Jarang saya tersedar. Lepas tu mula lah saya marah dan salahkan jam loceng tersebut. Saya lmbt subuh sbb tk dgr bunyi jam, saya tak puasa ganti sbb saya tak bangun sahur. Semua salahkan jam loceng! Adilkah? Ia hanyalah sebuah alat elektronik yg tidak tahu apa apa. Hanya seperti robot yg hanya melakukan kerja apabila disuruh ataupun telah ditetapkan. Saya pernah sekali terbabas subuh bangun hampir jam 8 pagi. Langsung tidak sedar waktu subuh dan memang saya langsung tidak sedar. Sungguh! Perasaan mase tu hanya Allah yg tahu. Lutut saya terketar ketar. Takutnya saya sbb solat adalah benda yg utama yg akan dihisab di sana nanti. Umi saya pun dah tgk saya lain macam, Allah apatah lagi?
Selepas peristiwa itu, saya tanam dalam diri saya taknak bergantung pada jam loceng lagi or sesiapa utk kejutkan. Sehinggalah suatu malam sebelum tidur, saya berdoa memohon Allah agar mengejutkan saya keesokan hari. Dan alhamdulillah, Dia kirimkan malaikat utk kejutkan saya. Awal. Walaupun belum jam 6.30 pagi, saya bingkas bangun. Saya tidak akn menunggu jam 6.30 pagi lagi utk menunaikan subuh melainkan hanya memberi peluang kepada saya utk terbabas subuh lagi. Saya serik. Sungguh. Dan bukan cuma itu, Allah sayangkan saya apabila hanya kerana satu doa saya yang saya pinta dalam keadaan berbaring sambil memeluk bantal tweety di suatu malam itu, ia berterusan hingga ke hari ini. Alhamdulillah, saya boleh sedar sebelum bilal di surau laungkan azan subuh lagi. Saya tidak lagi menjadikan jam 6.30 pagi utk saya baru bangun. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah! Bersyukur sgt sgt dan berharap ianya akan berlanjutan hingga ke akhir hayat. Perasaan apabila Allah makbulkan doa kita tu hanya Dia yang tahu. Subhanallah!
Yg pasal terbabas subuh dan boleh bangkit awal subuh tu ada sebab lain juga sebenarnya. Nanti jikalau masih berpeluang, saya akan kongsikan.
Sebelum tu, jum pakat dengar lagu ni. Best! --> http://www.youtube.com/watch?v=4xjwyobfeGs
Perasaan utk mendekati Allah itu, moga terus memberi sinar buatku. Duhai hati, berubahlah walaupun sedikit. Kerana sedikit-sedikit lama lama boleh jadi banyak. InsyaAllah :D
No comments:
Post a Comment