Monday, June 25, 2012

Dibah Lori

Pernah tak terpikir yg nama korang boleh jadi tajuk cerita dekat tv? Seriously kalau nama Dibah ni susah gila sbb kebiasaannya nama Diba lebih dikomersialkan. Diba. Bunyi pun dah mcm lain kan jika nk dibandingkan dgn Dibah. Auch kampungnye Dibah! Tapi agak mengejutkan bila Sabtu lepas (23June), Cerekarama TV3 buat tajuk cerita dia 'Dibah Lori'. Oh sungguh terasa femes walaupun bukan saya pelakonnya. Nama terpampang dlm tv. Teruja juga lebih lebih lagi bila pelakonnya adalah Neelofa yg skang tgh hot isunya dgn Anzalna. Dia dah mmg hot pun lelaki ramai suka. Kan. K, abaikan pasal kontroversi yg mereka cetuskan, point yg nk ditulis disini ialah nama saya. DIBAH LORI. Tapi pelik, mcm la takde name lain mcm name Jenab ke, Jemah ke, Jijah ke, ok saya ni dah kenapa name nk mula huruf J je? Lepas ni tidak mustahil keluar cerita yg tajuknya JENAB BECA. Tunggu saya jadi pengarah yg berwibawa dahulu. 

Nak tgk promo tekan je link sebelah ni, http://www.youtube.com/watch?v=FCtJYL1Xc3U

Excited punya pasal saya rasa sayalah orang yg terkecoh di muka buku mahupun di laman burung bercicit pasal dibah lori ni. Oh sebelum tu yg membuatkan saya lagi excited ialah apabila teringat akan kenangan saya sewaktu di USIM, yg saya memperasankan diri dgn membuat nama Neelofa atas nama saya dekat polisterin makanan, seperti yg tertera di gambar bawah.


Jadi apabila Dibah Lori tersiar, saya jadi mcm eh eh tau tau je yg saya pernah perasan diri sbg Neelofa. Tapi kali ni terbalik apabila Neelofa yg jadi Dibah. Mungkin kami ada jodoh? K lempang diri sendiri. Sila kembali ke dunia nyata. 


Selepas itu, ayuh kita saksikan kekecohan yg melanda di dunia maya saya.


Di Facebook.

Dan juga di Twitter,


Ohmyyy terpegun tengok nama sendiri jadi trending. Ok lempang diri sndiri lagi

Overall, cerita ni biasa biasa je takdelah best mano pun. Sbb ada nama sendiri je yg jadi over excited gitu. Ish, dunia sungguh. Insaf insaf =.= '

P/s: Mmg nickname saya Dibah, part LORI tu tiada kena mengena dgn hidup saya langsung. Dan, saya bukan peminat Neelofa.

Kepada yg menonton, teima kasih! #eh
love,
Adibah

No comments:

Post a Comment