Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan yg tepat kpd Engkau dgn ilmu yg ada pada-Mu, dan aku memohon kekuasaan-Mu untuk meyelesaikan urusanku dgn kuasa-Mu.
Dan aku memohon kepada-Mu sebahagian kurniaan-Mu yg agung, kerana sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Maha Tahu sedangkan aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yg ghaib.
Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahawa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku dan kehidupanku, serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan akhirat, maka takdirkanlah dan permudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkatilah aku dalam urusan ini.
Dan sekiranya Engkau tahu urusan ini lebih buruk untuk diriku, agamaku dan kehidupanku, serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan akhirat, maka jauhkanlah urusan ini dariku, dan jauhkanlah aku dari urusan ini, dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku redha menerimanya. Aamiin ~
love,
Adibah
No comments:
Post a Comment